Kenapa Emas Pilihanku...?
anur malati
Friday, April 9, 2010
10:33 PM
Kenapa aku pilih emas? Habistu...wanita mana yang tak suka emas? Aku pun suka emas cuma aku kurang gemar pakai barang kemas. Aku pakai just untuk cukup syarat atau pada waktu2 tertentu sahaja. Ada cincin pemberian suamiku untuk tunang dan risik 2 tahun dulu , ada gelang juga pemberian suamiku semasa akad nikah 2 tahun dulu . Cuma baru kali ini hati aku tergerak nak memakai rantai emas pula (itupun sebab mak asyik tegur, pakai le rantai walaupun seutas kecil..) hehehe
Dulu, tak pernah terfikir yang aku akan mula mengumpul emas. Sebab dalam minda aku selalu fikir, emas mahal, duit kena banyak, aku tak gemar pakai barang kemas, banyak benda lain yang lebih penting berbanding emas, dah beli sayang kalau nak gadai bila duit tak cukup, leceh nak kena gadai2 kang kena tipu dengan tokey kedai emas dan macam2 alasan yang otak dan minda sendiri reka.
Namun kini, bila matawang jatuh menjunam tahun lalu, mindaku seakan terbuka untuk mencari2 sesuatu yang kekal nilai dan kualitinya, sukar untuk jatuh menjunam nilainya, sesuatu yang dulu, kini dan akan datang tetap akan bernilai sepanjang zaman. Melalui kursus yang diikuti, rancangan TV yang secara tidak sengaja ditontoni, pembacaan melalui akhbar dan internet serta forum, aku semakin mengenali emas dengan lebih dekat. Banyak yang aku tidak ketahui dulu dan betapa singkatnya pemikiran aku kerana hanya fikir jika emas, ia pastinya barang kemas. Rupa2nya emas ini ada banyak bentuknya. Ada yang rupa syiling, ada yang bentuk jongkong. Emas ini pun ada banyak jenis, emas 999, emas 916, emas kelantan, emas dinar, emas putih dan lain2 lagi.
Antara sebab emas jadi pilihanku kini..:
1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.
a. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
b. Emas tidak boleh dibinasakan.
c. Tahan lasak.
d. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
e. Ia sukar diperoleh.
2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
4) Aset yang terunggul.
5) Tidak boleh dimanipulasikan.
Suamiku siap membeli sebuah ebook lagi khusus tentang emas. Banyak yang aku pelajari menyebabkan aku semakin berminat untuk cuba memiliki emas2 yang pelbagai rupa bentuk dan nilainya. Lain kali, aku akan sambung tentang pengalaman pertama aku membeli dan memiliki emas sendiri... :)
0 Comments to "Kenapa Emas Pilihanku...?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Post a Comment